Sardin Hidangan Sahur Mawi Dan Ekin


Tahniah buat Ekin kerana berjaya memasak sardin untuk suaminya yang tersayang, Mawi. Ini betul-betul ucapan tahniah daripada kami. Bukan nak sindir. Walaupun hanya sekadar sardin, yang penting kenikmatan dapat bersahur bersama suami dan isteri tercinta. Lauk belakang kira. Kami pun kadang-kadang sahur maggi jer waktu zaman belajar dulu.

Tambah respek sebab Mawi pun rileks jer bila Ekin sekadar masak sardin. Ini baru betul suami yang memahami. Mawi nie jenis tak cerewet la kot. Baguslah macam tue. Mawi dan Ekin dedua pun sibuk. Balik tengah malam nak berehat dan bersenam. Mana sempat nak masak sedap-sedap kan?

Yang tambah bagusnya Ekin dah berjanji nak masak sedap-sedap bila ada kesempatan masa nanti. Semangat macam nie yang kita nak. Barulah “world”. Mula-mula masak sardin sebab tak sempat, lama-lama nanti upgrade sikit jadi ayam masak merah. Mahu Mawi makan 2 3 pinggan nasik masa bersahur nanti.

Buat Mawi dan Ekin, selamat menjalani ibadah puasa dan raya pertama kali sebagai suami dan isteri. Kami doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Semoga dimurahkan rezeki di bulan yang mulia ini.


0 comments to "Sardin Hidangan Sahur Mawi Dan Ekin"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters