Nabil & Irma Nak Tunang 3 Bulan Saja.


KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2009: Rami peminat sudah maklum, juara Raja Lawak 2 (RL2), Nabil, 27, sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengacara berbakat, Irma Hasmie, 28.


Ketika ditemui pada pelancaran lagu dan laman sesawang rasmi filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Nabil yang tidak ditemani Irma telah menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan pelakon tersebut pada tahun ini.


"Kami ada merancang untuk bertunang pada 2010 ini. Ia sebagai mengeratkan hubungan percintaan kami. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, kami akan mengumumkan tarikh pertunangan kami tidak lama lagi. Terus terang, kami mahu bertunang 3 bulan saja dan selepas itu kahwin", katanya dengan ceria.


Lebih daripada itu, Nabil telah pun membayangkan majlis perkahwinannya nanti dengan Irma yang akan menonjolkan 3 konsep resepsi...

.."Walaupun saya seorang lelaki tapi saya memang ambil serius tentang perkahwinan. Saya teringin buat3 konsep yang sudah bermain dalam fikiran saya. Konsep itu adalah konsep kampung yang memang dibuat untuk orang-orang di kampung halaman saya, kedua untuk keluarga dan saudara mara yang menetap di Kuala Lumpur dan ketiga garden wedding untuk rakan artis dan media," jelasnya.

Sementara itu, Nabil yang menjadi hero untuk filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie arahan Aminah Rhapor di samping Mila menjelaskan filem ini adalah tawaran pertama yang diperolehnya selepas menjuarai RL2.

"Saya harap peminat saya dan Mila akan terhibur dengan filem ini," katanya yang semakin ranggi(credit to Murai)..


0 comments to "Nabil & Irma Nak Tunang 3 Bulan Saja."


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters