Ainul Aishah Mohon Maaf (tak pakai bra???)




“Gila tak pakai ‘bra’ masa keluar.” Itulah reaksi Ainul Aishah ketika diminta penjelasan berkenaan baju yang dipakainya pada Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina Isnin lalu.

Baju paras lutut jenis satin berwarna merah jambu yang dipakai Ainul telah mencetuskan kontroversi apabila menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Itu baju saya sendiri. Baju itu menampakkan bahu, jadi saya buka tali ‘bra’. Disebabkan itulah ‘bra’ tu semakin jatuh ke bawah. Saya pula asyik tarik ‘bra’ saya ke atas, tapi saya tak tahulah pula nampak macam saya tak pakai ‘bra’. Lagipun, ‘I don’t have boops!’”

Ainul yang pernah membintangi filem 'Histeria' memberitahu dia telah melihat gambar yang dimaksudkan itu.

“Dalam gambar mungkin nampak macam tak pakai. Baju tu longgar. Tak sangka akan nampak macam tu pula,” ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama ‘Bola Cinta’.

“Selepas ini saya kena pastikan agar lebih berhati-hati dengan cara pemakaian saya. Di sini saya ingin tekankan, saya bukan jenis orang yang macam tu (tak pakai ‘bra’).”

Ainul turut mengakui ini bukan kali pertama orang mempertikaikan tentang fesyennya.

“Pernah orang bercakap. Tapi saya ambil ia dari sudut positif. Kalau nak fikir, buang masa. Apa-apapun saya belajar dari kesilapan. Orang boleh cakap macam-macam. Memang dah lumrah begitu. Saya ambil kritikan itu dengan cara yang baik.

“Saya minta maaf. Saya tak tahu akan jadi macam ini. Saya memang memakai ‘bra’ ketika itu. Ini semua salah faham. Saya berjanji saya tak akan buat begitu lagi,” janji Ainul yang kini tampil dengan imej rambut pendek.

Bakal keluarkan dua single
Sudah banyak drama dan filem yang dibintangi oleh pemilik nama penuh Ainul Aishah Azizun ini. Antaranya, 'Nana Tanjung', 'Nana Tanjung 2', 'Otai', 'Skrip 7707', 'Mama Rock', 'Cinta Balqis' dan 'Bong'.

Namun tidak tahu di mana silapnya, tidak banyak publisiti yang diberikan kepada pelakon ini. Mungkin ramai juga tidak tahu, gadis berusia 25 tahun ini sebenarnya turut memiliki bakat dalam nyanyian.

“Dah lama dah cuma saya tak cakap dengan orang. Sejak tahun 2008 saya mula mencipta lagu. Saya tak nak kecoh-kecoh. Saya minta beberapa orang wartawan dengar lagu saya. Akhirnya pada bulan Ramadhan lepas, mereka minta saya menyanyi di satu majlis berbuka puasa.”

Menurut Ainul, disitulah bermulanya penglibatannya dalam bidang nyanyian. Dan terbaru, dia diberi peluang untuk membuat persembahan medley pada Malam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009, 4 April ini. Ainul akan menyanyikan lagu "Untukmu" oleh Feminin bersama Diana Danielle, Faralyana dan Marsha.

“Ini satu 'platform' yang baik untuk saya memperkembangkan bakat saya dalam bidang nyanyian,” ujarnya yang bakal mengeluarkan dua 'single' dalam masa terdekat ini.

“Saya akan mengeluarkan dua single dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Single saya berjudul "Jangan Bimbang Sayang" dan "The Old Him". Lagu "The Old Him" saya cipta sendiri.”


0 comments to "Ainul Aishah Mohon Maaf (tak pakai bra???)"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters