Iqbal Juara Pilih Kasih Musim Pertama


Iqbal Mazlan, yang mencatat undian SMS terendah pada 0.36%, mengalahkan sembilan finalis lain untuk menjuarai 'Pilih Kasih'. Kemenangan Iqbal dibantu oleh pihak juri yang menganugerahkannya markah setinggi 39%, menjadikan markah keseluruhannya 39.36%. Anak muda yang berusia 20 tahun ini membawa pulang, antaranya, sebuah kereta Naza Suria, wang tunai RM10,000, biasiswa, pakej percutian beserta trofi.


Manakala Reza Hasbi (36.27%) dan Indera Hafiz (31.59%) masing-masing hanya berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga walaupun mencatat undian SMS tertinggi, sebanyak 24.27% buat Reza dan 17.59% untuk Indera. Tempat keempat dan kelima jatuh kepada Nabila Dally (28.45%) dan Wanina Zaki (26.67%).

Sementara Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik jatuh kepada Sofian Bujang dan Wanina. Pemenang pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik ditentukan tenaga pengajar Pilih Kasih, iaitu Along Kamaluddin dan Amy Maziah (Drama Pendek bersiri), Rohani Yusof (Seni Lakon), Rusminah Tahir (Monolog) dan Erma Fatima (Teater Muzikal).

Selepas ini, para pemenang akan membintangi sebuah muzikal khas raya di samping sebuah drama muzikal 26-episod. Mereka juga bakal muncul di dalam drama terbitan Suhan Movies dan terikat dengan stesen RTM selama setahun.-Gua


0 comments to "Iqbal Juara Pilih Kasih Musim Pertama"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters