Fahrin, Scha Kahwin 2011


Hubungan yang terjalin sudah memasuki 10 bulan namun itu tidak bermaksud aktres muda yang sedang meningkat naik, Scha Al-Yahya, sudah bersedia untuk menjadi suri di hati aktor kacak, Fahrin Ahmad sekarang Ketika ditemui pada Isnin lalu, Scha menyifatkan perjalanan cinta mereka berdua masih lagi jauh untuk disudahi ke jenjang pelamin.
..

..

"Mungkin dalam masa 2 tahun lagi. Maklum sajalah, dari segi mental dan fizikal nampaknya saya masih belum bersedia untuk berumah tangga. Lebih-lebih lagi dari sudut kewangan, rasanya belum tiba masanya lagi," katanya.

Menurut Scha, dia tidak menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Fahrin sejak 10 bulan lalu, bagaimanapun masing-masing masih belum pernah membincangkan soal perkahwinan kerana menganggapnya terlalu peribadi.

"Secara jujurnya dia tak pernah tanya soal kahwin, begitu juga saya. Malah saya tak pernah menafikan perhubungan ini dan tidak juga berkata 'Ya' atau 'Tidak' dalam beberapa perkara kerana saya memilih untuk lebih bersikap neutral. Daripada apa yang saya tahu, Fahrin masih mencari kestabilan dalam segenap segi," kata Scha. ..


0 comments to "Fahrin, Scha Kahwin 2011"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters