Keluarga Din Ismail Hidup Susah

Siapa sangka selepas pemergian Allahyarham Ismail Din - pelakon Anak Mami The Movie, Mami Jarum dan Pondok Buruk- seramai 3 daripada 5 anaknya bersama seorang balu, kini terpaksa menerima bantuan daripada rumah kebajikan. Kesempitan hidup mereka telah terbongkar apabila - Yok Sahur 2 - telah singgah di lokasi kedua iaitu di Rumah Perlindungan Rahoma Darul Fakir, di Taman Melati, di sini, tengah malam Jumaat dan awal pagi Sabtu lalu.
..

..Mendedahkan perkara ini, balu Allahyarham, Siti Zubaidah Abidin, berkata itulah hakikat kehidupan yang terpaksa mereka tempuhi selepas Ismai meninggal secara mengejut di Kota Makkah, kira-kira 4 tahun lalu

"Selepas mendapat tahu tentang kematian suami saya pada 5 Oktober 2005, dunia saya terasa gelap gelita. Memikirkan saya tidak pernah bekerja dan terpaksa menyara anak-anak yang masih bersekolah, perasaan saya berkecamuk pada mulanya. Susah untuk menyelesaikan pelbagai perkara seorang diri.
"Lalu saya mula meminta bantuan daripada badan-badan kebajikan sambil bekerja keras menjual kuih asalkan kehidupan 5 anak saya terjaga. Bagi saya apa yang paling penting ialah pendidikan. Malah itulah yang dipesan oleh arwah kepada saya dan anak-anak ketika dia masa hidupnya. Arwah seboleh-bolehnya tidak mahu anak-anak menjadi orang seni dan utamakan pengajian terlebih dahulu," katanya.
Selain Zubaidah, 3 anaknya yang masih menerima bantuan daripada Rumah Perlindungan Rahoma adalah Muhammad Saifullah, 16; Muhammad Maqiuddin, 12, serta Muhammad Zaqiuddin, 8. Malah anaknya yang bongsu itu sangat comel dan bersikap agak pendiam.

Kata Zubaidah lagi, sejak pemergian Ismail, mereka sekeluarga tidak lagi dapat pulang beraya di kampung. Banyak lagi perkara penting yang perlu diutamakan kerana tidak mempunyai cukup wang.
"Memang susah untuk menguruskan keluarga tanpa suami. Bagaimanapun, hidup tetap diteruskan. Saya sering nasihatkan anak-anak jangan rasa tersisih walaupun mereka tiada ayah," kata Zubaidah.
Namun 2 anaknya yang pertama, Syuja'auddin, 20, dan Thohiratun, 19, sedang menuntut di pusat pengajian tinggi dan mendapat bantuan pihak yang terbabit. Ismail telah meninggal dunia ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadan 2005. Ismail berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah dan cukup dikenali dengan lakonan komedi dan banyak berlakon dengan syarikat Metrowealth Movies dan dibimbing oleh pengarah Profesor Madya A Razak Mohaideen..


0 comments to "Keluarga Din Ismail Hidup Susah"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters