Haliza Jamu Ari Wibowo Satay Kajang!




KL, 12 OGOS 2009: Murai Batu rasa ramai yang dah tahu tentang tindakan Haliza Misbun mengundang aktor Indonesia, Ari Wibowo berlakon dalam filem terbitan sulungnya, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta!


Dan ini bukanlah kali pertama Haliza mengundang Ari berlakon dalam produksinya iaitu Layar Pictures Sdn Bhd. Kali pertama dulu adalah menerusi telemovie, Rohaya Roy. Sekarang ini di layar besar pula.


Tetapi, apa yang hendak Murai Batu ceritakan di sini, tidak ramai yang tahu Ari berada di Kuala Lumpur sejak semalam lalu untuk menyiapkan 10 babak bagi penggambaran filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta.

Haliza sendiri pun tidak mahu heboh-hebohkan kedatangan Ari. Sebaliknya, dia cuma beritahu pihak media menerusi khidmat pesanan SMS bahawa sesi wawancara bersama Ari akan diadakan. SMS itu pula dihantar sehari sebelum kedatangan Ari ke sini.



Murai Batu dapat tahu Haliza sengaja buat begitu kerana mahu menimbulkan kejutan buat filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta yang turut menampilkannya sebagai teraju utama. Mungkin dia tahu banyak pihak yang akan membuat pelbagai spekulasi jika awal-awal lagi sudah mengumumkan kedatangan Ari. Maklumlah, dulu Haliza pernah digosip syok pada Ari.


Memandangkan Ari dah pun berumahtangga dan keluarganya, sudah tentulah dia tidak mahu cerita-cerita kurang enak timbul di antara dia dan Ari. Haliza dan Ari memang tetap bersahabat baik dan setiap kali bertandang ke Jakarta, Haliza pasti akan melawat Ari serta isterinya.

Hal yang sama turut berlaku apabila Ari berada di sini. Murai Batu dengar Ari suka sangat makan Satay Kajang. Jadi, Haliza selalu carikan Satay Kajang untuk Ari dan menjamunya makan puas-puas!


MURAI BATU: Kelakar tengok telatah Geng Bakso dalam filem Setem. Siapa Geng Bakso? Harun Salim Bachik dan Isma Yusoof lah!


0 comments to "Haliza Jamu Ari Wibowo Satay Kajang!"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters