Isma, Toi, Faizal Masuk Sehati Berdansa?




KL, 13 OGOS 2009: Ini lagi pasal Sehati Berdansa musim ke-3 yang bakal diterbitkan Astro. Murai Batu dengar gosip tentang nama-nama yang telah disebutkan atau yang telah dipancing untuk menyertai saingan terbaru tidak lama lagi.

Macam-macam nama terbit dan antara mereka termasuklah bekas peserta AF7, Isma dan suaminya Zul 2 By 2 dan Toi AF6. Hai, confirmed ke? Tapi hidu-hidu, macam dah confirmed ajer.

Kata sumber, selain Isma dan Toi, Superman Malaysia, Faizal Tahir juga kemungkinan akan menyertainya. Waa, mesti ada aksi terbang-terbang kalau Faizal masuk. Tapi bukankah isterinya bertudung?

Murai Batu dengar lagi beberapa nama besar dari kalangan artis dan ahli sukan akan menyertainya program itu tapi buat masa ini biarlah kita siasat dulu siapa mereka. Malah ada yang cakap Erra & Emran serta Aaron Aziz dan isterinya yang low-profile itu juga dilamar.



Murai Batu cuma nak tengok siapa selepas Shidee & Vanidah serta Lisdawati & Fauzi Nawawi akan menjadi juara Sehati Berdansa 3 kelak. Adakah artis atau giliran ahli sukan pula merampas trofi?

Sementara itu, ada beberapa nama di sini yang Murai Batu terfikir kalau-kalau mereka juga layak menyertainya. Antara mereka ialah Rita Rudaini & Aidil Zafuan, Nabila Huda & Zaidi, Alex Yoong & Ariana Teoh, Adlin Aman Ramlie & Imelda, Darling Ngasri & Nur Azlin, Aida & Joe Radzwill, Velvet & Rich, Nana ERA & Brian, Awie & Rozana Misbun serta Ruhil Amani & Jamie Wilson.

Selain itu, Salina Saibi, Shalin Zulkiflie, Maya Karin, Ruhil Amani, Jeslina Hashim, Hafiz Hashim (pemain badminton), Eizlan Yusofi dan Dynas boleh juga menyertai pertandingan itu bersama pasangan masing-masing. Haa, kalau hendak lebih sensasi Rosnah Mat Aris dan suami mudanya pun boleh juga cuba, pasti rating mencanak! Apa-apun, kita tunggu saja sidang media pengenalan peserta Sehati Berdansa 3 tidak lama lagi.


MURAI BATU: Siapa agaknya hos utama? Aakah Linda Onn dengan Fahrin lagi ke atau akan tukar pasangan? Atau pun Fahrin pula dengan Scha Al-Yahya?


0 comments to "Isma, Toi, Faizal Masuk Sehati Berdansa?"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters