Siapakah aktor yg suka ajak perempuan tidur

NI satu lagi kisah yang layak dikategorikan sebagai sangat melampau. Ia mengenai perlakuan seorang pelakon yang gemar mengirim SMS berbaur lucah kepada pelakon baru. Meskipun wajah tidak sekacak mana, pelakon ini bijak menggunakan penampilannya yang macho sebagai daya penarik menawan wanita.

Apatah lagi segala aksi lagak ngeri mampu dilakukan dengan mudah, jadi pasti itu menjadi modalnya menarik perhatian wanita supaya tunduk dengan kemahuannya.

CAK difahamkan, dia berkali-kali memujuk seorang pendatang baru yang cantik supaya menemaninya di tempat tidur. Tidak cukup dengan kiriman SMS, dia berani menyatakan hasrat itu secara terang-terangan dalam perbualan telefon.

Pujuk rayunya buat pelakon baru itu rimas sehingga mengambil keputusan tidak mahu lagi bertemu pelakon berkenaan.
Kasihan dengan isterinya yang jelita di rumah. Selama ini dia bermati-matian menegaskan pelakon ini suami yang bertanggungjawab dan bapa penyayang. Malah dia menjelaskan rumah tangga mereka sangat bahagia.

Nampak sangat pelakon ini pandai berlakon baik depan isterinya. ‘Propa’ memanjang walaupun suka melampiaskan nafsu di sana-sini.

Hati kecil CAK merasakan si isteri tahu perangai buas suaminya tetapi apa boleh buat, dia tidak berdaya demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Apatah lagi anak kian membesar, tidak manis jika perkara ini dipanjang-panjangkan. Nak tak nak, terpaksa telan dan makan hati berulam jantung seorang diri.

credit, hmetro


0 comments to "Siapakah aktor yg suka ajak perempuan tidur"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters