Tom juara My Starz LG 3 kerja di kelab malam demi anak

Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram (juara My Starz LG 3) juga tidak kisah jika orang bercakap mengenai kerjayanya sebelum ini iaitu sebagai penyanyi kelab malam kerana bagi Tom dia tahu niatnya itu demi mencari wang bagi membesarkan Adam. Malah, walau selepas bergelar juara dan sementara dia memperoleh wang tunai RM100,000 hasil kemenangannya itu, Tom tetap seperti dahulu, menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur supaya dapat menyediakan pakai minum buah hatinya itu.

Mungkin bagi juara rancangan realiti lain, mereka dapat bersenang-lenang sementara menunggu hadiah mereka, tapi bagi Tom, sebagai seorang ibu dia sanggup kembali ke kehidupan asalnya demi Adam. Anak lelakinya itu juga menurut Tom, senang menghidap sakit sejak lahir seperti lelah dan dia juga pernah mendapat jangkitan pada paru-paru membuatkan Tom perlu sentiasa berkerja keras demi menampung perbelanjaan perubatan anaknya. -Utusan


0 comments to "Tom juara My Starz LG 3 kerja di kelab malam demi anak"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters