Julfekar, Farawahida Masih Bertelagah

Murai Batu sangka, apabila Farawahida dah keluar menyanyi semula dan membuat banyak fotosesi dengan pihak media akhir-akhir ini, kes dia dengan bos Millennium Art, Julfekar, dah selesai. Manalah tahu mereka dah ambil keputusan nak selesai luar mahkamah atau melalui perbincangan dari hati ke hati. Rupa-rupanya tidak.

Mungkin ramai yang tengok program Melodi Ahad lalu yang menunjukkan Julfekar atau Jul yang juga seorang duda, sudah hilang sabar dan bercakap sambil memegang kontrak hitam putihnya bersama Farawaheeda atau nama manjanya, Fara.

Antaranya, Jul mendakwa kontrak Fara masih sah dan dia saja yang berhak membuat keputusan berhubung segala yang berkaitan dengan karier nyanyian Fara itu. Difahamkan, Fara telah meletak jawatan pada 9 Februari 2009 sedangkan kontraknya tamat pada 19 Februari 2009, tidak termasuk tempoh option tanpa notis sehingga 19 Februari 2010 yang berhak ditentukan oleh Jul...

..Bukan itu saja, Jul akui dia telah bercinta dengan Fara sejak usia Fara 17 tahun lagi yakni ketika di Tingkatan 5! Malah
segala yang berlaku antara dia Fara memang diketahui oleh ibu Fara sendiri. Haa macam mana tu? Siap ada SMS dari seorang kekasih lagi (Fara) dipaparkan.

Murai Batu difahamkan, itulah juga pendedahan yang pernah dibuat oleh Jul kepada beberapa rakan wartawan yang rapat dengannya sejak kemelut mereka tercetus. Cuma selama ini wartawan pun malas nak panjangkan cerita. Tapi bila Murai Batu tengok Melodi tempoh hari, nampak gaya Jul makin marah selepas Fara terus-terusan memberikan kenyataan yang disifatkannya tidak benar dan berbaur fitnah aniaya.

Kata Jul lagi, Fara mendakwa dia dipukul, dikongkong, tidak pernah merasai duit titik peluh sendiri malah tidak pernah bercinta pun dengan Jul.

Yang menggemparkan tentulah pasal video lucah Jul sekali lagi mendakwa video lucah itu tidak pernah wujud seperti yang didakwa dan itu hanyalah bayangan Fara sendiri. Hai, betul ke? Lantaran, Jul telah pun memfailkan saman ke atas Fara di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Ogos 2009 lalu kerana mahu menuntut haknya dan membersihkan kembali namanya yang telah terjejas teruk. Jul juga menuntut RM436,000 sebagai jumlah ganti rugi daripada pihak Fara berkaitan kos rakaman, promosi dan nyanyian.

Apa yang dapat Murai Batu katakan, pada hari baik bulan baik ini, Murai Batu hanya berdoa agar kemelut antara Jul dan Fara akan boleh diselesaikan secepat mungkin dan carilah jalan terbaik agar kes ini tidak memalukan diri mereka sendiri. Buanglah yang keruh dan ambil yang jernih dan Fara pergilah berbincang dengan Jul sebelum terlambat.


MURAI BATU: Harap kalau sesiapa yang nak jadi artis, fahamilah dulu segala isi kontrak dari A - Z. Kalau masih bawah umur, penjaganya haruslah minta nasihat mereka yang arif untuk membantu memahami segala isi kontrak...


0 comments to "Julfekar, Farawahida Masih Bertelagah"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters