Fasha Sandha Hanya Omong Kosong

Fasha Sandha memberitahu dia akan bertunang September ini sementara majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan pada awal tahun depan. Dalam akhbar Harian Metro, bertarikh 31 Mei, sambil menunjukkan cincin berbentuk hati yang disarungkan di jari manis tangan kirinya, Fasha berkata, "Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan."

Ketika itu, identiti bakal suaminya dirahsiakan dengan ketat. Yang hanya dikongsikan "orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya." Lebih pentingnya, "dia bukan suami orang, jauh lagi duda." Malah dalam temubual itu, Fasha juga mendedahkan keputusannya untuk bersara dari bidang lakonan, atas permintaan bakal suaminya.
..

..Dua bulan kemudian, laman web mstar menerbitkan satu temuramah dengan Fasha pada 22 Julai, dimana dia dipetik berkata, "InsyaAllah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu." Setelah lama berteka-teki, identiti buah hati Fasha didedahkan di Harian Metro, edisi 19 Ogos. Orang yang dimaksudkan bukannya bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram Ramli (Jejai) tetapi ekuesterian negara, Qabil Ambak.

“Saya sudah mengenali Fasha sejak setahun lalu, tapi tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Tunggu bulan depan, nanti saya akan membuat pengumuman," kata Qabil
Tetapi nampaknya, apa yang dijanjikan selama ini tidak mampu Fasha tepati..


0 comments to "Fasha Sandha Hanya Omong Kosong"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters