Pertunangan Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

Malam kelmarin (29/9), majlis pertunangan Umie Aida dan Datuk Khairuddin Abu Hassan dilangsungkan dengan meriah sekali di kondominium yang bakal menjadi tempat tinggal mereka, bersama dua orang anak angkat Umie selepas berkahwin kelak. Majlis dihadiri ahli keluarga dari kedua belah pihak serta para media. Walaupun Datuk K tidak menghadirkan diri kerana menurut Umie, dia terlalu peribadi orangnya, namun ibunya, Balkish Ahmad hadir untuk menyarungkan cincin pada bakal anak mertuanya.

Antara selebriti yang hadir termasuk Erra Fazira dan suami Engku Emran, Zahida Rafik, Nora Danish, Lisa Surihani, Sofea Jane, Nasha Aziz, Chef Wan, Iqram Dinzly, Noryn Aziz, Jasmin Hamid, Ako Mustapha dan isteri serta pengarah Kabir Bhatia dan isteri Mira Mustaffa.

..

....


0 comments to "Pertunangan Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters