Linda Onn Bukan Lagi Pengacara Sehati Berdansa 3?

Cakap-cakap lagi pasal pasangan yang bakal menyertai Sehati Berdansa musim ketiga nanti, Murai Batu ada cerita panas nak dikongsi pembaca semua pasal pengacara utamanya.


Munurut sumber yang telefon Murai Batu sebentar tadi, deejay Linda Onn khabarnya tidak lagi menjadi hos Sehati Berdansa 3. Bagaimanapun kata sumber itu, Fahrin masih lagi dikekalkan. Hai... anda pasti?


Tapi kawan Murai Batu tu tak ceritalah pulak apa sebab musababnya. Adakah Astro yang tidak mahu atau Linda sendiri yang tolak sebab tidak mahu lagi membuat hosting job dengan Fahrin? Itu semua adalah rahsia mereka sendiri.


Jauh di sudut hati, Murai Batu sebenarnya masih minat dengan gandingan Linda dan Fahrin sebab mereka sudah sinonim sangat dengan Sehati Berdansa tapi memandangkan mereka telah putus cinta, macam manalah mereka boleh bertentang mata lagi? Cakap di mulut bolehlah kata profesional, profesional, tapi ini soal hati dan perasaan kan? Kita pun faham. ..

..Kalaulah benar cerita yang Murai Batu dengar ini, Murai Batu nak ucapkan selamat maju jaya dalam setiap apa yang Linda lakukan nanti. Linda memang banyak membantu populariti program realiti TV bercorak tarian itu.


Kalau begitu, siapa gandingan baru Fahrin? Murai Batu dah dapat agak seseorang. Adakah dia ......? Hmm, kita tunggulah nanti pengumuman rasmi sehari dua lagi.


MURAI BATU: Harap Linda kahwinlah cepat-cepat sebab buah hati barunya itu tidak kurang kacaknya...


0 comments to "Linda Onn Bukan Lagi Pengacara Sehati Berdansa 3?"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters