Nasha Kembali Mantapkan Awan Dania 2


KL, 24 OGOS 2009: Bagi pengikut drama bersiri popular Awan Dania yang disiarkan di Astro Ria tak lama dulu, mesti ingat lagi dengan kehadiran pelakon vogue Nasha Aziz yang hanya muncul pada beberapa episod awal drama itu.

Ramai juga yang merungut, mengapa tiba-tiba watak Nasha dimatikan begitu saja sedangkan dia antara tarikan penonton pergi menonton Awan Dania selain bintang baru, Scha Al-Yahya.

Tapi nasib baiklah ada Scha yang terus popular selepas itu. Dapat jugalah mengubati kekecewaan peminat Nasha itu. Malah kerana lakonan berkesan Scha dalam drama itu, nampaknya rezeki Scha semakin melimpah ruah.

Terbaru Murai Batu dapat tahu, Nasha khabarnya akan kembali berlakon semula dalam drama bersiri Awan Dania musim kedua. Dengar kata penggambaran drama itu dah pun giat dijalankan. Paling Murai Batu tak sangka bila Nasha buat pertama kalinya bersetuju untuk mengisi bulan Ramadan ini dengan menghadiri penggambaran drama berkenaan.

..Daripada informasi dalaman yang Murai Batu dapat tahu, Nasha mengakui sudah 4 tahun berturut-turut tak pernah mengambil sebarang kerja seni atau penggambaran drama mahupun filem pada bulan yang mulia ini.

Entahlah apa sebabnya Nasha tahun ini begitu komited dan bersetuju untuk kembali bekerja sepanjang bulan puasa ini. Setahu Murai Batu, kalau boleh setiap tibanya Ramadan, Nasha akan cuba kosongkan waktu itu untuk menjalani lebih banyak amal ibadah.

Sebelum ini Nasha bukan main aktif lagi jadi juri untuk program Anak Wayang dengan Rashid Sibir. Hai, macam orang nak kumpul duit untuk buat kenduri kahwin aje? Ehem... ehem.... kita tunggulah nanti.


MURAI BATU: Suka sikap positif Nasha yang usianya hampir masuk ke penghujung 30-an. Potongan pun masih meletop. ..


0 comments to "Nasha Kembali Mantapkan Awan Dania 2"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters