Salih Yaacob Masuk Sehati Berdansa 3?




KL, 26 OGOS 2009: Selepas raya nanti akan kembalilah program tarian paling popular, Sehati Berdansa 3. Sebelum ini beberapa nama telah disebut-sebut akan menyertainya dan yang terbaru Murai Batu dengar ia akan turut disertai oleh seorang deejay merangkap pelawak terkenal.


Risik-risik, tanya-tanya, Murai Batu dimaklumkan bahawa orang yang dikatakan itu adalah penyampai popular Sinar FM, Salih Yaacob. Hai, betul ke Abang Salih? Ini sudah menarik..


Kenapa Murai Batu cakap menarik, kalau jadi masuk Sehati Berdansa 3 tu, isteri yang mana akan menari dengannya? Almaklumlah Salih kan ada 3 isteri yang baik budi. Cuba bayangkan, kalau isteri No 2 yang masuk, tentu isteri paling tua dan yang paling bongsu boleh datang bawa sepanduk sokongan!

..

..Cakap lagi pasal Salih dan 3 isterinya itu, kawan rapat mereka berkata hubungan mereka sekeluarga sungguh harmoni, siap ada jadual lagi rumah mana Salih pulang setiap hari. Lucunya, kadangg-kadang, Salih boleh terlupa pula rumah bini mana yang dia kena balik! Tapi mereka tetap happy macam lagu Amy Mastura.


"Murai Batu tahu tak, masa bini No 3 nak bersalin dulu, bini No 2 tu siap tolong hantarkan dia ke hospital lagi dan kemudian tolong tanamkan uri bayi tu. Sejuknya hati aku mendengarnya. Hai... bertuah sungguh Abang Salih. Aku tabik spring kat Abang Salih dan semua wife dia," kata sumber itu.


Jadi sesuai sangatlah kalau abang Salih dipanggil suami mithali kan? Kalau boleh program Sehati Berdansa ini akan merapatkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri walaupun ada pasangan yang lepas bertanding terus naik turun mahkamah. Tapi itu bukan sebab tarian atau lantai tari tapi silap atur gerak langkah dalam rumah tangga.


Apapun gosipnya, kita tunggu nanti siapa pasangan yang sah bertanding pada musim ini. Ada pula gosip cakap dalam akhbar, hosnya Fahrin dapat pasangan baru. Tapi entahlah, Murai Batu masih suka sangat Linda Onn kerana dialah yang sebenarnya menceria dan mensensasikan Sehati Berdansa untuk 2 musim lalu.


MURAI BATU: Cikgu Linda Jasmine pun khabarnya dijangka akan bersalin ketika musim baru berlangsung nanti dan siapa akan ganti tempatnya sebagai juri tetap?
..


0 comments to "Salih Yaacob Masuk Sehati Berdansa 3?"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters