Pertunangan Tam Spider dan Aida

Dalam diam-diam rupa-rupanya penyanyi dan merangkap penyanyi vokalis Spider, Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Keluarga kedua-duanya telah mengadakan majlis pertunangan mereka berdua secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu. Tanpa kehadiran wartawan-wartawan hiburan.
..

..
"Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahu mengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalau sudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Kata Tam.

Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan. Tambahnya lagi, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam. Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius...


0 comments to "Pertunangan Tam Spider dan Aida"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters