8/1 Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Hafiz Hamidun, Shazwani Putus Tunang
August 1, 2009 at 12:00 am

Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak berakhir ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu.


Difahamkan, pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.


Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis: "It's official now, I'm single."


Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata kepada murai.com.my semalam bahawa keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua. "Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang.

"Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja.

"Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz.

Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah.

"Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu.

Inikah Kekasih Diana Amir
July 31, 2009 at 2:00 am

Perlawanan MU dan Malaysia yang sudah melabuhkan tirainya beberapa ratus jam terdahulu, memberi banyak makna kepada industri sukan negara terutama bola sepak dan tidak ketinggalakan juga industri seni yang tidak boleh lari dari lensa 'paparazi' untuk dijadikan perbualan hangat peminat seni tanah air. Pelakon baru, Diana Amir, yang sekarang makin terserlah bakatnya di TV dalam bidang lakonan kini mempamerkan 'buah hati' nya yang bersama-sama menonton perlawanan berkenaan di Stadium Bukit Jalil. (mata kelihatan merah, tanda 'evil', apakah yang terjadi selepasnya pulak?) ngeh3.


0 comments to "8/1 Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters