Pemuzik Skandal Dengan Anak Tiri?

Pemuzik Skandal Dengan Anak Tiri?
July 31, 2009 at 12:00 am


KL, 31 JULAI 2009: Tak tahulah Murai Batu apa nak jadi dengan dunia sekarang. Cerita yang Murai Batu dengar ini memang tak menyedapkan telinga dan membuatkan Murai Batu gelisah.


Ia sebenarnya dah jadi buah mulut orang yang memandang dan haruslah dihentikan dengan segera. Ceritanya seorang pemuzik senior yang umurnya dah nak masuk separuh abad tapi masih tidak sedar diri lagi.

Sumber memberitahu Murai Batu, bahawa pemuzik itu nampak lain macam saja dengan anak tirinya sendiri sejak akhir-akhir ini dan ia turut menjadi bualan termasuk di kalangan kakitangan sebuah hotel, baru-baru ini.


"Anak tirinya tu satu hal juga. Melayan bapa tirinya dah macam boyfriend! Apa tidaknya, mereka begitu intim dan berjalan pun pegang-pegang tangan. Nak kata mesra anak beranak pun tidak juga sebab kadang-kadang mereka berpeluk macam orang tengah bercinta. Macam manalah kakitangan tu tak syak wasangka?

"Yang lebih mendatangkan tanda tanya, pemuzik itu pernah menginap dalam bilik yang sama di hotel terbabit! Hai, apa kes tu?" kata sumber Murai Batu itu.


Selidik punya selidik, rupa-rupanya hubungan skandal pemuzik tadi dengani anak tirinya itu dah lama terjadi tapi tiada siapa yang berani nak sound pemuzik itu kerana perangainya yang baran yang cepat naik tangan.


Murai Batu bukanlah nak bersyarah, tapi harap si polan itu bawa sedarlah dirinya cepat-cepat. Jangan sampai nanti bila terjadi sesuatu yang buruk, satu salasilah keluarga akan dapat nama busuk.




0 comments to "Pemuzik Skandal Dengan Anak Tiri?"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters