8/1 murai.com.my : Panazz - Gosip kita

Artis Top Jumpa Bomoh Di Medan?
August 1, 2009 at 12:00 am
KL, 1 OGOS 2009: Terkejut Murai Batu bila dengar cerita tentang seorang artis kita ini. Dari dulu lagi, dia memang pernah digosipkan di kalangan warga dunia hiburan sebagai sukakan mandrem atau jumpa bomoh.


Tapi, Murai Batu sangka, artis tu dah tak buat kerja-kerja macam tu lagi sekarang. Rupa-rupanya artis tu belum serik-serik lagi nak guna khidmat Mak Esah. Dulu dia dikatakan pernah ke Pulau Jawa, tapi sekarang dah alih angin pula ke Sumatera atau lebih tepat lagi ke kota Medan.


Yang ceritakan tentang hal ini pun adalah jiran tetangga kepada si bomoh itu juga. Asal nampak saja orang Malaysia datang ke kawasan rumah mereka, tahulah ia pasal nak jumpa bomoh itu. Dah faham sangat. Khabarnya, macam-macamlah bomoh itu boleh mandrem. Hendak nampak cantik boleh, nak kasi ringan jodoh boleh, nak bagi orang sayang selalu pun boleh. Hai, sokong tema Malaysia Boleh ke?


Murai Batu pun tak pasti apa tujuan artis itu pergi jumpa bomoh tersebut. Mungkin untuk berubat diri sendiri kot. Harap-haraplah ia bukanlah kerana nak caras rakan artis sendiri.



Chanel Undang Natasha Hudson Ke Paris
July 31, 2009 at 12:00 am


KL, 31 JULAI 2009: Sebut saja Paris, kita dah terbayang Menara Eiffel dan suasana kota yang romantik itu. Murai Batu akui Paris bukan saja bandaraya yang romantik tetapi pusat fesyen yang terkemuka di dunia.


Sebut-sebut pasal Paris, Murai Batu dapat tahu pelakon kacukan yang jelita, Datin Natasha Hudson akan terbang ke sana selepas Aidilfitri ini. Amboi takkan nak berbulan madu lagi kot? Oh tidak rupanya...


Ia sebenarnya kerana ada kaitan dengan fesyen. Hai, nak buka butik di sana ke?


Selepas mendapat maklumat sebenar, Natasha rupanya telah diundang oleh jenama fesyen terkenal, Chanel untuk menjayakan pertunjukan fesyen musim luruh/ sejuk. Wah gitu class...


Kiranya itu satu kejayaan buat Natasha walau pun Murai Batu tahu sebelum ini artis Malaysia seperti supermodel Tengku Azura, Deanna Yusoff, Camelia dan Diana Danielle, pernah diundang untuk menjayakan acara fesyen di sana.

Khabarnya, Natasha akan dipakaikan dengan beberapa rekaan terbaru dan hebat daripada pereka terkenal dunia itu bagi tujuan fotografi dan promosi. Malah, Murai Batu juga difahamkan jadual Natasha memang padat setibanya di sana.


Maklum sajalah, kalau sudah dipilih sebagai model, macam-macam benda yang kena dilakukan contohnya pemilihan pakaian, fotografi dan sebagainya.


Khabarnya, Natasha tidak keseorangan apabila ke sana nanti kerana turut ditemani oleh seorang editor fesyen berpengaruh dari Malaysia. Harap-harap aksi Natasha itu akan dapat kita lihat dalam majalah terbabit nanti dan Murai Batu akan cuba dapatkan beberapa gambar daripada mereka.


0 comments to "8/1 murai.com.my : Panazz - Gosip kita"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters