Rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua bakal bersiaran setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 6 Ogos, 2009 hanya di saluran ‘Di Hatiku’, TV9. Gadis Melayu 2 akan dikendalikan oleh pengacara wanita, Sharifah Shawati Syed Mohd yang juga perunding imej Adamaya Image Consultancy Malaysia dan tidak lagi Fahrin Ahmad. Adakah peserta-peserta kali ini masih ayu dan lemah-lembut? Peserta-peserta gadis Melayu pada kali ini adalah Raja Nur Juliana (Kuala Lumpur), Norfarizan Mohamad (Banting, Selangor), Shazfinaz Hashim (Shah Alam, Selangor), Hafiza Bustanul Ariffin (Kuala Lumpur), Hazlin Hussain (Kajang, Selangor) dan Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail (Shah Alam, Selangor). Lain-lain peserta termasuk Nadiah Adrianna Mohd. Akbal (Subang Jaya, Selangor), Putri Noor Nawal Haji Ramlan (Shah Alam, Selangor), Rahimah Ibrohim (Kuala Lumpur), Robeaha Ramza (Kota Bharu, Kelantan), Sri Sharinnie Rizal (Damansara, Selangor) dan Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin (Parit Buntar, Perak).    SHARIFAH JASMINE SORAYA JAMALULLAIL Ada yang berkenan nak dijadikan menantu? |