Terkejut pelakon bercium mulut

Belum lagi penggambaran bermula, produser Raja Azmi bikin panas lagi masa dia buat uji bakat untuk cari pelakon Anu Dalam Botol, filem keinsafan pasangan sejenis.

Dalam uji bakat yang diadakan di Finas pada 24 Mac lalu itu, ramaipelakon yang datang antaranya Iqram Dinzly, Adi Putra, Fauzi Nawawi,Calvin Lau, Jessie Lim dan Keifli (AF3).

Yang paling panas masa uji bakat tu apabila dua orang pelakon lelaki sanggup melakukan aksi terlampau bercium mulut.

Raja Azmi bagi tahu dia terkejut apabila dua pelakon itu sanggup buat lebih daripada yang sepatutnya.

Ingatkan mereka nak melakonkan aksi-aksi sederhana panas tetapi lainpula yang jadi apabila dua orang pelakon itu berlakon terlebih panas.

"Saya ingat dia orang nak peluk-peluk biasa tapi terkejut jugasampai ada yang sanggup bercium mulut. Memang hebat. Dia orang memangmenjiwai watak seperti yang saya nak dalam skrip," katanya.

Raja Azmi turut puji beberapa pelakon yang sanggup datang dan tak malu untuk diuji bakat. Itulah namanya pelakon serba boleh.

Dalam ramai pelakon yang diundang itu, ada juga beberapa nama yangmenarik diri kerana tak sanggup tanggung risiko berlakon watak gay.


Antara pelakon yang pernah ditawarkan untuk mendukung watak utamadalam filem berkenaan ialah Aaron Aziz, Remy Ishak, Fizo Omar danAshraf Muslim.

Berdasarkan kepada rakaman uji bakat itu, Raja Azmi bersama pengarahShadan Hashim dan Adlin Aman Ramlie akan membuat penilaian dari pelbagisegi sebelum membuat keputusan siapakah yang layak untuk dipilihberlakon filem tersebut panas mengisahkan kehidupan dunia maknyah dangay itu.

NIEZAM: Temui Azza Elite dan Abby Abadi di gerai barangan kecantikanWarizan Al-Helmy hari ini sempena Karnival Jom Heboh di MITC AyerKeroh, Melaka.


0 comments to "Terkejut pelakon bercium mulut"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters