Diana Danielle Pegang Watak Natrah


KL, 3 OGOS 2009: Sebelum ini pelakon kacukan Melayu-Amerika, Diana Danielle telah berjaya menunjukkan bakatnya dalam drama TV seperti Air Mata Maria, Janji Diana serta filem cereka seperti Maut, Evolusi KL Drift dan terbaru, Setem.


Dalam usia yang masih muda iaitu 18 tahun, kerjaya seni Diana nyata semakin berkembang dan Murai Batu gembira melihat kemajuan lakonan dalam diri Diana itu.


Salah satu pencapaian terbaru buat Diana adalah tawaran membintangi pementasan Natrah di Istana Budaya (IB), selepas hari raya nanti. Murai mula terperasan tentang perkara ini selepas melihat bunting tergantung di perkarangan lobi IB sekarang yang tertera wajah kacukan Diana di sebelah Natrah atau nama Belandanya, Bertha Hertogh.
Mungkin masih terlalu awal untuk menceritakan tentang teater itu tetapi Natrah secara kebetulan kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila beliau dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit leukemia.


Bagi orang lama iaitu ayah, ibu dan datuk kita, mereka tentu masih ingat kisah kontroversi Natrah yang pernah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950.


Ia berpunca daripada perebutan Natrah oleh ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. Natrah atau Bertha ketika itu berumur 13 tahun telah memeluk Islam selepas bernikah dengan seorang guru, Mansor Adabi berusia 22 tahun.


Namun undang-undang di Barat tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun, berkahwin. Natrah diperintahkan oleh mahkamah supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat di Singapura sehingga berlakulah rusuhan.


Begitulah intipati jalan cerita Natrah yang akan menjadi satu pementasan di IB kelak. Murai Batu berharap Diana akan mampu membawa watak mencabar itu dengan berkesan kerana ia satu kisah yang hebat.


MURAI BATU: Teringat filem Jasmin lakonan Noraini Jane dan Mak Nani. Kenapa tidak dijual hak penyiarannya kepada stesen TV mahupun pengedar DVD supaya generasi muda dapat menilai karya yang bermutu itu?

Sumber: http://www.murai.com.my


0 comments to "Diana Danielle Pegang Watak Natrah"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters