Gosip Central : Omar Bhatti Nafi Anak Kandung Michael


LOS ANGELES: Dengan matinya Michael Jackson, ia tidak sekali-kali mematikan cerita peribadinya. Malah satu demi satu cerita cuba diselongkar oleh orang-orang di Barat sama seperti matinya Elvis Presley, Marilyn Monroe dan Puteri Diana. Macam-macam spekulasi terbit dan tidak ketinggalan teori-teori konspirasi yang masih jadi tanda soal.

Dalam pada siasatan untuk mencari punca sebenar kematian King of Pop itu diteruskan, timbul pula pelbagai dakwa-dakwi tentang waris-waris tersurat dan tersirat Michael. Selama ini kita didedahkan bahawa Michael meninggalkan 3 anak tapi baru-baru ini timbul pula pasal Omar Bhatti yang digosipkan sebagai anak Michael kononnya hasil hubungan sulit dengan seseorang.

Desas-desus menjadi bertambah kuat apabila Omar turut duduk di barisan utama adik-beradik Michael ketika majlis tribute atau belasungkawa untuk beliau berlangsung di Staples Center, Los Angeles, bulan lepas.

Difahamkan, sebelum perkara menjadi bertambah kecoh, Omar, 25, yang kini seorang rapper, tampil membuat penjelasan kepada media Barat bahawa dia bukannya anak kandung Michael tetapi sudah dianggap macam 'anak kandung' penyanyi Heal The World itu.

Keakraban mereka bermula selepas Omar diambil menetap bersama Michael selama 8 tahun di Neverland Ranch. Ketika itu Omar yang dilahirkan di Norway, masih kecil lagi dan sangat comel.


0 comments to "Gosip Central : Omar Bhatti Nafi Anak Kandung Michael"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters