Gosip Central: Nasib Anak Allahyarham Hani Mohsin Terbela

Akhrinya Datin Seri Tiara Jacquelina telah diberikan hak mengurus dan mentadbir harta anak perempuannya, Hani Karmila Mohsin sehingga usianya mencapai 21 tahun (lepas tue? siapa nak jaga). Tiara Jacquelina Eu Effendi hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes permohonan penjagaan harta Hani Karmila Mohsin (31/7).


Ketika ditemui selepas keputusan dibuat, penerbit dan aktres terkenal itu berkata harta itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya yang berusia 12 tahun. Dalam perbicaraan itu, Hakim bertanya Tiara, adakah bekas suaminya, Allahyarham Hani Mohsin ada meninggalkan wasiat, beliau menjawab tiada.

Hakim kemudian bertanya adakah anaknya itu mempunyai ayah saudara atau penjaga lain, Tiara menyatakan sepanjang pengetahuannya, "tiada". Tiara juga memberitahu yang Allahyarham Hani Mohsin merupakan anak tunggal dan kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Source: http://www.izyan.com


0 comments to "Gosip Central: Nasib Anak Allahyarham Hani Mohsin Terbela"


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters