"Doktor yang merawat beri cuti rehat selama lapan minggu dan minta saya menjalani pembedahan, tetapi saya mahu berubat cara tradisional dulu. Saya juga pergi berurut sehingga ke Kuantan, Pahang. Saya berurut dengan lapan tukang urut, tetapi tidak berhasil, malah tulang bahu jatuh ke bawah menjadi senget sebelah dan bertambah sakit.Akibat kecederaan itu pergerakan menjadi tak betul, tak boleh banyak bergerak dan hendak tidur pun sakit. Rupanya kecederaan membabitkan ligamen dan otot koyak lebih teruk daripada patah. Jika lama dibiarkan, boleh menyebabkan tangan kiri tidak kuat dan mungkin akan lumpuh. -myMetroPenulis berharap Rosyam dapat sembuh semula seperti sediakala dan dapat menjalani aktiviti-aktiviti proses pengembaraan filem/drama. Amin
Source: www.izyan.com