Konsert Search Di Awan Biru ada problem.


KL, 4 OGOS 2009: Akhirnya kumpulan legenda Search muncul dalam Konsert Di Awan Biru bertempat di Polo Pavilion, Bukit Kiara Equestrian, Sabtu lalu.

Rakan Murai Batu yang minat Search bagaimanapun telah pulang membawa cerita, yang kurang enak, walaupun konsert itu sangat gah dan Amy juga telah bersedia untuk 'kasi pecah' bak kata Edrie Hashim. Katanya, ramai sekali yang datang walaupun pada hari itu ada kecoh-kecoh di Jalan TAR menyebabkan banyak jalan ditutup.

"Hampir 30,000 peminat datang dan ia sangat membanggakan! Tapi keghairahan konsert itu telah dicacatkan oleh sistem audio dan teknikal sehingga ramai peminat kecewa dan menjejaskan kredibiliti Search sebagai kumpulan rock terunggul di Malaysia dan Indonesia.
"Masa lagu kedua, waktu Amy tengah layan menyanyi, tiba-tiba sistem bunyi buat hal - macam power kena shut down. Kesian tengok Amy yang masa tu tergamam tapi Hillary dan Yazid terus goreng gitar dan pukul dram 'bisu'. Kemudian apabila Amy menyanyikan lagu Isabella, gitar yang dimainkan Kid pula tiba-tiba senyap.


"Apakah yang telah berlaku? Apa sistem bunyi apa yang mereka pakai dan siapa krew teknikalnya? Perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana konsert itu sangat bermakna kepada peminat Search dan anggota Search sendiri. Bukankah ia siri konsert farewell daripada Search?" kata rakan Murai Batu itu dengan kecewa.

Selain Bukit Kiara, Search juga beraksi dengan hebat di Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Terengganu, baru-baru ini. Sayang pula waktu di Bukit Kiara, kecacatan teknikal seperti itu pula berlaku. Harap-harap lepas raya nanti, konsert di Borneo tidak akan berdepan dengan masalah seperti itu lagi. Hormatilah sikit kredibiliti Amy dan Search.

Antara masalah lain...

# Petugas macam tidak betul-betul menyemak tiket-tiket penonton yang memasuki perkarangan konsert. Ini menyebabkan ramai yang tidak mempunyai tiket telah meloloskan diri. Sepatutnya, penganjur membuat beberapa laluan khas berpagar bagi memudahkan petugas memeriksa tiket sebelum masuk.


# Kawasan pemegang tiket RM85 seolah-olah tiada beza dengan RM58 kerana ramai penonton memanjat pagar memasuki kawasan hadapan (kawasan RM85).


# Konsert berlangsung lewat iaitu kira-kira 9.45 malam gara-gara Search tersangkut dalam kesesakan jalan raya akibat penonton yang meletakkan kenderaan (kerana ketiadaan parking) di bahu jalan. Malah anggota Search sendiri terpaksa dibawa masuk menggunakan motosikal untuk sampai ke tempat konsert itu. Pihak penganjur sepatutnya memikirkan soal itu terlebih awal kerana sebelum ini pun, setiap kali konsert yang diadakan di lokasi tersebut memang mengundang kesesakan lalu lintas.

# Speaker hanya ada di depan pentas menyebabkan penonton di belakang tidak merasai suasana gah konsert. Malah kualiti bunyinya membuatkan penonton mengeluh.

# Ramai penonton di belakang mengeluarkan perkataan kesat, memberi respon negatif kepada pihak penganjur selepas tidak berpuas hati dengan kualiti bunyi. Ada juga membuat isyarat tangan tidak dengar kepada Amy.

Sumber: www.murai.com.my


0 comments to "Konsert Search Di Awan Biru ada problem."


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters